ASAL USUL PULAU PINANG
Berkait rapat dengan sejarah Kedah. Pulau Pinang yang pada asalnya kepunyaan Kesultanan Kedah,diserah hak kepada Syarikat Hindi Timur Inggeris (British East India Company) pada 1786 oleh Sultan Muhammad Jiwa, Sultan Kedah, sebagai gantian untuk
mendapat perlindungan pihak British daripada serangan Siam dan Burma.
Pada 11 Ogos 1786, Kapten Francis Light yang dikenali sebagai pengasas Pulau Pinang, menamakan pulau sebagai Pulau Prince of Wales sebagai penghormatan kepada Raja Muda Britain.Penempatan di Tanjung Penaigre yang terletaknya dihujung timur laut pulau yang dinamakan "Georgetown", iaitu nama Raja George III dari Britain
Pada 11 Ogos 1786, Kapten Francis Light yang dikenali sebagai pengasas Pulau Pinang, menamakan pulau sebagai Pulau Prince of Wales sebagai penghormatan kepada Raja Muda Britain.Penempatan di Tanjung Penaigre yang terletaknya dihujung timur laut pulau yang dinamakan "Georgetown", iaitu nama Raja George III dari Britain
SIAPA SEBENARNYA YANG MULA-MULA MENDUDUKI PULAU PINANG
Kapten Francis Light
Pengasas atau perampas?
Kedudukan
pulau di permulaan Selat Melaka telah
menarik minat Syarikat Hindia-Timur British untuk menggunakannya sebagai
sebuah pelabuhan untuk kapal perdagangan dan pengkalan tentera laut.Tanpa pengetahuan Sultan Muhammad Jiwa, Kapten Francis Light telah membuat perjanjian memberian perlindungan
askar tanpa kebenaran Syarikat Hindia-Timur British. Apabila syarikat Hindia-Timur gagal dalam
membantu Kedah sewaktu ia diserang oleh Siam, Sultan Kedah cuba mengambil
kembali pulau pada tahun 1790
Malangnya, pencubaan itu gagal dan Sultan Muhammad
Jiwa gagal dan terpaksa menyerah hak kepada Syarikat Hindia-Timur dengan hanya bayaran kehormat
sebanyak 6,000 dolar Sepanyol setahun. Bayaran ini dinaikkan kepada 10,000 dolar kemudian,
dengan penyerahan Seberang Perai (Province Wellesley) pada 1800. Pada1826, negeri Pulau Pinang, bersama-sama dengan Melaka dan Singapura ,menjadi sebahagian kawasan penepatan selat (Straits Settlements) di
bawah pentadbiran British
Negeri Pulau Pinang mula dijajah
oleh lnggeris yang diketuai oleh Captain Francis Light pada tahun 1786. Bahagian
Pulau Pinang yang mula-mula dibangunkan ialah di Kawasan Tanjung di Georgetown
yang dikenali dengan nama Tanjung Penaigre.Di dalam kawasan ini rangkaian
jalan-jalan dibina secara bersegi-segi menurut sistem blok perumahan dengan
jalan-jalan kecil melintang di antara satu sama lain.Rangkaian jalan-jalan yang
telah dibina masih kekal hingga ke hari ini.
Sejarah tempatan
Dalam ceramah anjuran SEFSI USM Prof Ahmad Murad Merican menjelaskan bahawa sebenarnya Pulau Pinang bukanlah dibuka oleh Francis Light. Orang yang bertanggungjawab membuka Pulau Pinang atau nama asalnya Tanjung Penaga ialah Tok Jenaton yang berasal dari Pagar Ruyong.
Tok Jenaton pernah datang mengadap Sultan Kedah bersama dengan para pengikutnya yang terdiri dari kalangan orang Batak dengan membawa bersamanya hadiah naskah al-Quran tulisan tangan. Maka dengan itu, Sultan Kedah telah menghadiahkannya sebuah kawasan di sekitar Minden, Pulau Pinang. Kubur Tok Jenaton juga masih ada di Minden ketika ini.
Penyimpangan fakta sejarah yang dimuatkan dalam buku-buku teks merupakan sejarah yang dinilai dan hanya dilihat dari perspektif bangsa yang menjajah itu sahaja. Bukan sekadar menjajah tanahair, malah mereka juga turut cuba menjajah minda penduduknya. Mereka cuba memperlihatkan peranan mereka sebagai pencetus tamadun orang lain. Namun pada hakikatnya, sebelum kedatangan kuasa penjajah itu, penduduk di Pulau Pinang (Tanjung Penaga) ini sudah mempunyai tamadun yang tersendiri, dan telah bertapak kukuh dengan bersendikan agama Islam.
Menarikkan sejarah Pulau Pinang kalau dikaji dengan teliti J
No comments:
Post a Comment