Georgetown
peta Georgetown
Merupakan ibu negeri Pulau Pinang ,Malaysia ibu negeri Pulau Pinang. Dibuka pada tahun 1786. Georgetown adalah bandaraya yang ketiga terbesar di Malaysia dengan bilangan penduduk melebihi 500,000 orang; zon metropolitan Georgetown yang merangkumi bandar-bandar satelit di Pulau Pinang,Seberang Perai,selatan Kedah dan utara perakmempunyai penduduk melebihi 2,000,000
Georgetown pernah menjadi bandaraya terpenting di Semenanjung Malaysia dengan memainkan peranan sebagai pusat kewangan dan pelabuhan, iaitu sebelum pembangunan Kuala Lumpur. Georgetown adalah bandaraya tertua di Malaysia
Georgetown pernah menjadi bandaraya terpenting di Semenanjung Malaysia dengan memainkan peranan sebagai pusat kewangan dan pelabuhan, iaitu sebelum pembangunan Kuala Lumpur. Georgetown adalah bandaraya tertua di Malaysia
Geografi GEORGETOWN
Geografi Georgetown
Georgetown merupakan ibu negeri Pulau Pinang , Malaysia.Georgetown terletak di timur laut Pulau Pinang, dan merupakan sebuah tanjung yang dipisahkan dengan Seberang Perai di tanah besar Semenanjung Malaysia oleh Selat Utara. Di bahagian barat Georgetown terdapat kawasan berbukit, di mana terletaknya Bukit Bendera, puncak tertinggi di Pulau Pinang. Di bahagian utara pula terdapat pantai-pantai berpasir sepertiTanjung Bungah dan Batu Ferringhi
Sejarah GEORGETON
Georgetown dan Pulau Pinang pada asalnya adalah kepunyaan Kedah tetapi diberikankepada Syarikat Hindia Timur British pada 1786, setelah Sultan Muhammad Jiwa menandatangani perjanjian yang Syarikat Hindia Timur British akan memberikan perlindungan dari serangan Siam dan Burma. Pada 11 Ogos 1786 Kapten Francis Light menaikkan bendera Union Jack di Fort Cornwallis.
Pembangunan di Georgetown pada asalnya tertumpu di kawasan Kota Cornwallis, selepas itu jalan-jalan mula dibina. BeachStreet (Lebuh Pantai), Light Street (Lebuh Light), Pitt Street (Jalan Masjid KapitanKling) dan Chulia Street (Lebuh Chulia) adalah jalan-jalan yang pertama dibina diGeorgetown.
Jalan-jalan ini membentuk tulang belakang sistem jalanraya yang hendak dibangunkan. Selepas itu Church Street (Lebuh Gereja), Bishop Street (Lebuh Bishop),China Street (Lebuh China) Market Street (Lebuh Pasar), Armenian Street (LebuhArmenia) dan Acheen Street (Lebuh Acheh) dibina, jalan-jalan ini masih wujud sehinggake hari ini.
Pembangunan Georgetown telah menarik pelbagai jenis orang dari serata dunia. SelainMelayu, Cina, India dan British terdapat komuniti Acheh, Arab,Armenia,Burma,Eurasia, Filipina,Jerman,Jepun,Switzerland dan Yahudi
No comments:
Post a Comment