Monday, 31 March 2014

STICK NOTE


Aktiviti ini dijalankan untuk memberi pendedahan kepada kami untuk
menghasilkan idea atau mencari masalah.Melalui aktiviti ini kami dapat mencari jalan penyelesaian 
masalah dengan lebih keretif dan berfikir di luar kotak.Aktiviti ini di jalankan 
secara berkumpulan

Idea yang dihasilkan adalah berpandukan masalah yang di peroleh dari kajian kai iaitu ketiadaan kawasan rehat bagi pelancong yang berjalan kaki.

Membuat perbincangan kumpulan sebelum memulakan aktiviti

Peta kawasn kajian

Menyenaraikan kesemua masalah yang dijumpai 

Membuat pecahan masalah agar lebih mudah di fahami

Tumpuan kepada dua masalah lebih besar

Aktiviti berkumpulan

Penerangan dan maklum balas dari dr Nurul

Sunday, 30 March 2014

PENYATA MASALAH (Design Brief)

             
                              MENGENAL PASTI MASALAH DI GEORGETOWN

                                    -Masalah sampah
                                    -Lorong Terbiar
                                    -kekurangan tempat untuk duduk berehat 

                                       


sampah Melimpah


Sampah


 lorong Terbiar


 Ringkasan Rekabentuk


Happiness in GEORGETOWN



Saturday, 29 March 2014

OUTING KE GEORGETOWN


 PROJEK HAPPINESS IN GEORGETOWN



           


           Sebelum kami bergerak ke kawasan kajian iaitu ke GEORGETOWN dr Nurul telah menyedikan kapada kami dua buah bas untuk memudahkan pergerakan kami.

   Setelah sampai di kawasan kajiaan kami di bahagikan kepada beberapa kumpulan untuk memudahkan pergerakan dan untuk kajian menyeluruh di kesemua tempat di Georgetown



           
                                                           Peta kawasan kajian kami

                                                       
  

                                                 


                                                  
                                                               Mendengar taklimat

   










Friday, 28 March 2014

WAJIB DILAWATI




                          WAJIB DILAWATI


   Tempat ni wajib laa singah kalau mai pulau pinang..Ni sikit jaa.. 




                    Masjid Terapung di Tanjung Bunga 




                   Taman Botanikal Pulau Pinang




                                    Bukit Bendera  




                              komtar




                     Jambatan Pulau Pinang       



      Taman Rama-rama Pulau Pinang di Teluk Bahang





PULAU PINANG



                                    Pulau Pinang

                                     

Pulau Pinang ialah sebuah negeri yang terletak di pantai barat laut Semenanjung Malaysia. Negeri ini terbahagi kepada dua bahagian oleh Selat Melaka.Negeri ini merupakan petempatan British yang pertama di Semenanjung Malaysia. Nama pulau ini diambil daripada nama pokok pinang(areca catechu).


                          
                        Geografi 


         kedudukan Pulau Pinang dalam peta Malaysia



          Pulau Pinang adalah negeri kedua terkecil di Malaysia selepasPerlis. Tetapi dari segi bilangan penduduk Pulau Pinang mempunyai penduduk kesembilan terbanyak di Malaysia. Dari segi geografi Pulau Pinang terbahagi kepada dua bahagian iaitu:

  1.  Pulau Pinang , sebuah pulau dengan keluasan 293 km persegi .
  2.  Seberang Perai,sejalur tanah seluas 760 km persegi yang bersempadan dengan    Kedah  di utara dan timur dan Perak di selatan .

                        Bandar-bandar utama

Ibu negeri dan bandar terbesar di Pulau Pinang ialah Georgetown, dibuka pada tahun 1786 George Town adalah bandaraya kedua terbesar di Malaysia  selepas Kuala Lumpur .George Town adalah bandaraya tertua di Malaysia apabila Ratu Elizabeth 11 menganugerahkan taraf bandaraya pada 1 Januari 1957

Butterworth adalah bandar kedua terbesar di Pulau Pinang. Butterworth hanya dipisahkan oleh Selat Utara dari George Town yang selebar 3km. Kedua-dua buah bandar ini jugaterletak berdekatan dengan bandar-bandar satelitseperti Sungai Petani dan Kulim di Kedah,Kepala Batas,Bukit Mertajam,dan Batu Kawan di Seberang Perai serta utara negeri perak. 


                  Penduduk 

          Negeri Pulau Pinang mempunyai kepadatan penduduk yang paling tinggi di Malaysia,dengan 2,031.74 penduduk sekilometer persegi di pulau, dan 865.99 penduduk sekilometer persegi di Seberang perai.Komposisi kaum mengikut bangsa pada tahun 2006 ialah:


  • •Cina : 635,500 (42.5%)
  • •Melayu : 612,300 (41.0%)
  • •India: 148,000 (9%)
  • •Lain-Lain:
  • oBumiputra Bukan Melayu: 5,600 (0.38%)
  • oBukan Warganegara: 91,200 (6.1%

Negeri Pulau Pinang dibahagikan kepada lima pembahagian pentadbiran:

-Seberang Perai
-Seberang Perai Tengah;
-Seberang Perai Utara;
-Seberang Perai Selatan.
-Pulau Pinang
oDaerah Timur Laut- pulau
oDaerah Barat Daya- balik pulau




                   Kebudayaan dan ekonomi  


 
      Becca




     Pelbagai jenis Makanan





   Laksa makanan yang paling best kat Pulau Pinang



 Pulau Pinang, yang juga digelar sebagai "Mutiara Timur" (Pearl of the Orient ).Merupakan sebuah syurga bagi pencinta-pencinta makanan yang datang dari seluruh Malaysia dan Singapura untuk menikmati gaya masakan yang istimewa. Makanan di Pulau Pinang banyak di pengaruhi oleh pergaulan di antara kaum Cina, Melayu dan India, Thailand.Pulau Pinang termashyur dalam makanan penjaja yang dijual dan dimakan di tepi jalan, terutamanya makanan mi dan  makanan Laut.


      

Thursday, 27 March 2014

Georgetown


                          Georgetown

                             

                                                                          
                         peta Georgetown


Merupakan ibu negeri Pulau Pinang ,Malaysia ibu negeri Pulau Pinang. Dibuka pada tahun 1786. Georgetown adalah bandaraya yang ketiga terbesar di Malaysia  dengan bilangan penduduk melebihi 500,000 orang; zon metropolitan Georgetown yang merangkumi bandar-bandar satelit di Pulau Pinang,Seberang Perai,selatan Kedah dan utara perakmempunyai penduduk melebihi 2,000,000 

Georgetown pernah menjadi bandaraya terpenting di Semenanjung Malaysia dengan memainkan peranan sebagai pusat kewangan dan pelabuhan, iaitu sebelum pembangunan  Kuala Lumpur. Georgetown adalah bandaraya tertua di Malaysia


        Geografi  GEORGETOWN


Geografi Georgetown


Georgetown merupakan ibu negeri Pulau Pinang , Malaysia.Georgetown terletak di timur laut Pulau Pinang, dan merupakan sebuah tanjung yang dipisahkan dengan Seberang Perai di tanah besar Semenanjung Malaysia oleh Selat Utara. Di bahagian barat Georgetown terdapat kawasan berbukit, di mana terletaknya Bukit Bendera, puncak tertinggi di Pulau Pinang. Di bahagian utara pula terdapat pantai-pantai berpasir sepertiTanjung Bungah dan Batu Ferringhi


Sejarah GEORGETON



 Georgetown dan Pulau Pinang pada asalnya adalah kepunyaan Kedah tetapi diberikankepada Syarikat Hindia Timur British pada 1786, setelah Sultan Muhammad Jiwa menandatangani perjanjian yang Syarikat Hindia Timur British akan memberikan perlindungan dari serangan Siam dan Burma. Pada 11 Ogos 1786 Kapten Francis Light menaikkan bendera Union Jack di Fort Cornwallis. 

          Pembangunan di Georgetown pada asalnya tertumpu di kawasan Kota Cornwallis, selepas itu jalan-jalan mula dibina. BeachStreet (Lebuh Pantai), Light Street (Lebuh Light), Pitt Street (Jalan Masjid KapitanKling) dan Chulia Street (Lebuh Chulia) adalah jalan-jalan yang pertama dibina diGeorgetown.

Jalan-jalan ini membentuk tulang belakang sistem jalanraya yang hendak dibangunkan. Selepas itu Church Street (Lebuh Gereja), Bishop Street (Lebuh Bishop),China Street (Lebuh China) Market Street (Lebuh Pasar), Armenian Street (LebuhArmenia) dan Acheen Street (Lebuh Acheh) dibina, jalan-jalan ini masih wujud sehinggake hari ini.

Kapten Francis Light mengiystiharkan Georgetown sebagai pelabuhan bebas dalam usahanya untuk bersaing dengan pelabuhan yang dibangunkan di Belanda. Kapten Francis Light meninggal dunia pada tahun 1794 akibat penyakit malaria dan dikebumikan di perkuburan Protestan , Northam Road (Jalan Sultan AhmadShah).Pembukaan Terusan Suez juga menyumbang kepada pembangunan Georgetown.

Pembangunan Georgetown telah menarik pelbagai jenis orang dari serata dunia. SelainMelayu, Cina, India dan British terdapat komuniti Acheh, Arab,Armenia,Burma,Eurasia, Filipina,Jerman,Jepun,Switzerland dan Yahudi




Wednesday, 26 March 2014

ASAL USUL PULAU PINANG


           ASAL USUL PULAU PINANG   

           



Berkait rapat dengan sejarah Kedah. Pulau Pinang yang pada asalnya kepunyaan Kesultanan Kedah,diserah hak kepada Syarikat Hindi Timur Inggeris (British East India Company) pada 1786 oleh Sultan Muhammad Jiwa, Sultan Kedah, sebagai gantian untuk mendapat perlindungan pihak British daripada serangan Siam dan Burma.  

Pada 11 Ogos 1786, Kapten Francis Light yang dikenali sebagai pengasas Pulau Pinang, menamakan pulau sebagai Pulau Prince of Wales sebagai penghormatan kepada Raja Muda Britain.Penempatan di Tanjung Penaigre yang terletaknya dihujung timur laut pulau yang dinamakan "Georgetown", iaitu nama Raja George III dari Britain
                      


SIAPA SEBENARNYA YANG MULA-MULA MENDUDUKI PULAU PINANG


Kapten Francis Light


Pengasas atau perampas?

Kedudukan pulau di permulaan Selat Melaka telah menarik minat Syarikat Hindia-Timur British untuk menggunakannya sebagai sebuah pelabuhan untuk kapal perdagangan dan pengkalan tentera laut.Tanpa pengetahuan Sultan Muhammad Jiwa, Kapten Francis Light telah membuat perjanjian memberian perlindungan askar tanpa kebenaran Syarikat Hindia-Timur British. Apabila syarikat Hindia-Timur gagal dalam membantu Kedah sewaktu ia diserang oleh Siam, Sultan Kedah cuba mengambil kembali pulau pada tahun 1790

 Malangnya, pencubaan itu gagal dan Sultan Muhammad Jiwa gagal dan terpaksa menyerah hak kepada Syarikat Hindia-Timur dengan hanya bayaran kehormat sebanyak 6,000 dolar Sepanyol  setahun. Bayaran ini dinaikkan kepada 10,000 dolar kemudian, dengan penyerahan Seberang Perai (Province Wellesley) pada 1800. Pada1826, negeri Pulau Pinang, bersama-sama dengan Melaka  dan Singapura ,menjadi sebahagian kawasan penepatan selat  (Straits Settlements) di bawah pentadbiran British

          Negeri Pulau Pinang mula dijajah oleh lnggeris yang diketuai oleh Captain Francis Light pada tahun 1786. Bahagian Pulau Pinang yang mula-mula dibangunkan ialah di Kawasan Tanjung di Georgetown yang dikenali dengan nama Tanjung Penaigre.Di dalam kawasan ini rangkaian jalan-jalan dibina secara bersegi-segi menurut sistem blok perumahan dengan jalan-jalan kecil melintang di antara satu sama lain.Rangkaian jalan-jalan yang telah dibina masih kekal hingga ke hari ini.



Sejarah tempatan

Dalam ceramah anjuran SEFSI USM Prof Ahmad Murad Merican menjelaskan bahawa sebenarnya Pulau Pinang bukanlah dibuka oleh Francis Light. Orang yang bertanggungjawab membuka Pulau Pinang atau nama asalnya Tanjung Penaga ialah Tok Jenaton yang berasal dari Pagar Ruyong.

Tok Jenaton pernah datang mengadap Sultan Kedah bersama dengan para pengikutnya yang terdiri dari kalangan orang Batak dengan membawa bersamanya hadiah naskah al-Quran tulisan tangan. Maka dengan itu, Sultan Kedah telah menghadiahkannya sebuah kawasan di sekitar Minden, Pulau Pinang. Kubur Tok Jenaton juga masih ada di Minden ketika ini.

Penyimpangan fakta sejarah yang dimuatkan dalam buku-buku teks merupakan sejarah yang dinilai dan hanya dilihat dari perspektif bangsa yang menjajah itu sahaja. Bukan sekadar menjajah tanahair, malah mereka juga turut cuba menjajah minda penduduknya. Mereka cuba memperlihatkan peranan mereka sebagai pencetus tamadun orang lain. Namun pada hakikatnya, sebelum kedatangan kuasa penjajah itu, penduduk di Pulau Pinang (Tanjung Penaga) ini sudah mempunyai tamadun yang tersendiri, dan telah bertapak kukuh dengan bersendikan agama Islam.



    Menarikkan sejarah Pulau Pinang kalau dikaji dengan teliti    J
  

Sunday, 23 March 2014

HAPPINESS FOR ME





Kebahagiaan 
ialah suatu keadaan perasaan aman damai serta gembira. Dengan kata yang lain, kebahagiaan melebihi hanya perasaan kegembiraan. Umumnya, kegembiraan amat berkait dengan sesuatu kejadian atau pencapaian yang khusus, sedangkan kebahagiaan berkait dengan keadaan yang lebih umum seperti kesenangan hidup atau kehidupan berumah tangga. Bagaimanapun, kedua-dua perasaan ini adalah amat berkait dan juga amat subjektif.
Kebahagiaan seseorang tidak dapat diukur atau digambarkan, dan berubah-ubah mengikut peredaran masa dan tempat. Orang yang kelihatan bahagia tidak semestinya bahagia, dan orang yang kelihatan tidak bahagia tidak semestinya tidak bahagia. Cuma orang itu sendiri yang tahu (iaitu berasa) sama ada dia bahagia atau tidak.
Pengertian kebahagiaan berbeza-beza antara seorang dengan seorang. Ada yang berasa bahagia kalau dia mendapat makanan,pakaian dan kediaman yang paling sederhana, terelak daripada penyakait,kelaparan dan perang.Sebaliknya, ada orang berasa tidak bahagia meskipun hidupnya dalam keadaan yang aman, mewah, sihat, dan senang-lenang. Ada orang berasa tidak bahagia sekalipun, walaupun dia mempunyai kuasa,status dan kekayaan.


VRK 233 VISUAL COMMUNICATIONS

                                                   
                                         ASSALAMUALAIKUM..



        Blog ni bertujuan untuk menyenaraikan segala tugas dan perkembangan tentang
perojek 'HAPPINESS IN GEORGETOWN'.

       Projek ini dibawah subjek Visual Komunikasi (VRK 223).Projek ini dijalankan
di negeri Pulau Pinang iaitu Pulau Mutiara.

       Georgetown menjadi tumpuan utama dalam melakukan projek HAPPINESS.Projek ini dilakukan bertujuan untuk menyenaraikan langkah-langkah atau tindakan yang boleh dilakukan untuk membawa kegembiraan dan kebahagiaan di kawasan Georgetown. Dr Zainurul Aniza A.Rahman merupakan orang kuat yang membimbing dan memberi sokongan kepada kami untuk menjalankan projek HAPPINESS IN GEORGETOWN.